12/04/2013

HIKMAH SEBALIK DUGAAN


PENULIS: LYNE (admin Jejari Eksklusif)
JENIS:CERPEN
1)
Air hujan menitik lebat semakin lama semakin rancak titisannya melantun di atap zink. Kucing liar mula mencari tempat berlindung dari mengelak bulu halusnya basah. Aku pula...terbaring menelangkup di permukaan jalan sambil manik titisan hujan mengalir dari pangkal hingga ke hujung rambut. Adakah semua ini sebahagian dari takdir yang telah ditetapkan olehMu? Aku tak mengerti namun apa yang boleh aku lakukan selain pasrah. Jauh dari sudut hati aku teringat dengan pesanan arwah ibu, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Mata ini tidak perlu lagi mengalirkan air mata, tiada guna lagi. Kesal dan hampa dengan sikap ayah yang berulang kali melakukan kesalahan walau pintu kemaafan buatnya sentiasa di buka. Aku benci dia! 18 tahun aku menjaga maruahku sebagai seorang gadis suci tapi akhirnya musnah apabila aku menjadi penebus hutang. 18 tahun...bukan tempoh yang singkat. Aku malu! Aku malu dengan diri aku! Biar aku mati dari menanggung malu! Kalau aku dapat balik ke kampung sekalipun, tiada siapa dapat menolongku. Aku hanya ada adik Nur dan ayah tiri tak guna.

“Lepaskan dia! Jangan sentuh sedikit pun adik Nur!”, aku memberi amaran kepada lelaki yang kononnya akan menjagaku sebaik mungkin setelah kematian ibu. Kalau kutahu nasibku akan sebegini, kurela tinggal di kampung dan bercucuk tanam dari mengikutinya ke bandar. Aku tak mahu membiarkan satu-satu adikku yang umpama rama-rama cantik jika di sentuh, hilang warna serta keindahannya.

“Ok tapi dengan satu syarat! Aku nak kau serah tubuh kau tu pada lelaki kat ruang tamu untuk bayar hutang aku!”, kata lelaki yang bermisai tebal sambil menuding jari padaku. Aku terpaksa memberanikan diri. Tidak seperti diriku sebelum ini yang lebih banyak berdiam diri, tidak melawan kata orang yang lebih tua lebih-lebih lagi orang yang kuanggap sebagai ayah.

Aku mengangguk perlahan. Satu perkataan belum mampu terbit dari bibir untuk menyatakan keakuranku terhadap kata-katanya. Air mata masih keluar bagaikan tiada penamatnya. Hati ini lebih merintih seksa. Inikah tujuan hidupku sebenarnya? Menjadi penebus hutang bapa tiriku? Aku tertanya sendirian.

“Lari adik! Lari sejauh yang mungkin!”, arahku setelah melihat bapa tiriku leka berbual dengan beberapa orang lelaki yang bakal membahamku.

“Eh, jahanam punya budak! Kau ni menyusahkan orang saja! Bawa saja dia ke dalam bilik sekarang. Ajar dia bagaimana nak jadi perempuan!”, kata bapa tiriku sambil menujah kepalaku beberapa kali. Aku sekadar diam. Tidak mampu melawan kerana tanganku sudah di ikat dengan tali. Layananku terima tak ubah seperti mangsa culik dalam drama yang disiarkan di kaca televisyen. Ayah tiriku kejam!

Aku mengagahkan diri untuk bangun. Kalau ikut hati hendak saja aku meniarap berhari-hari kemudian mati macam tu saja. Itu lebih mudah. Tak perlu aku menahan malu yang terbeban dalam hati ini. Tiba-tiba bayangan arwah ibu menerjah di lubuk fikiran. Bagaimana ibu dapat bertahan dengan ayah tiri yang merupakan penagih dadah tegar. Bila ada serbuan polis, pandai pula dia balik ke rumah. Semangat arwah ibu membesarkan aku dan adik Nur dengan mengambil upah menjahit dan menjual kuih pada awal pagi membuat aku kagum dengan ibu. Ayah pula melayan ibu tak ubah seperti seorang perempuan murahan. Ibu sekadar pemuas nafsu ayah.  

 Rasa sakit mula menyengat di seluruh badan. Tak sanggup hendak memandang lebam kebiru-biruan yang mula timbul. Bertambah hancur hati ini apabila memandang lebam tersebut dan hampa dengan sikap ayah. Aku adalah amanah dari arwah ibu untuk di jaga seperti menatang minyak yang penuh selepas kematian ibu namun semua itu bagaikan berat untuk di galas oleh ayah.  

Jiran tetangga sekadar memekakkan telinga dan membutakan mata. Aku faham, mereka tidak mahu masuk campur. Aku cuba mengetuk pintu berulang kali untuk meminta bantuan, cukuplah sekadar tempat berteduh sementara. Air hujan masih membasahi bumi dan tiada tanda-tanda akan berhenti. Beberapa minit sudah berlalu walau tiada jam untuk melihat, aku mula tertunduk memandang kaki yang tidak beralas apa-apa. Aku mengalah, tiada siapapun sudi memberi pertolongan. Air hangat akhirnya gugur jua di pipi mulusku. Aku cuba berfikir positif, mereka tidak dengar mungkin ketukanku tadi. Tak apalah,  aku akan melangkah pergi moga akan muncul sinar harapan di luar sana.
2)

Hari ini dah masuk dua hari aku berada di surau yang berada di persimpangan jalan. Laungan azan menenangkan fikiranku yang kusut. Aku redha dengan apa yang berlaku. Menangis air mata darah sekalipun tak akan menyelesaikan masalah. Aku kena hadapinya. Mereka yang singgah di surau ada juga menegurku dan aku membalasnya sekadar senyuman. Aku lebih banyak mendiamkan diri dari bersikap ramah, bukan apa, aku masih trauma dengan apa yang berlaku. Apabila matahari mula meninggi hingga terpacak di atas kepala, aku keluar dari surau dan pergi duduk di perhentian bas. Aku sendiri tidak mengerti kenapa perhentian bas menjadi pilihanku. Mungkin melihat ragam manusia sedikit sebanyak mengurang kebosananku.

Aku tidak menghiraukan teguran, hinaan atau apa-apa. Aku hanya mahu berada di dunia ciptaanku sendiri. Dunia yang kududuki sekarang tidak berlaku adil padaku. Tiada sebab untuk aku terus berada di dunia yang nyata. Adik? Mana adik? Adik...akak keseorangan diri sini. Aku berpeluk tubuh sambil mata meliar ke sekeliling untuk mencari kelibat adik. Bau asap bas mula masuk ke dalam rongga hidung. Bersesak-sesak mereka masuk ke dalam bas. Aku sekadar duduk dan memandangnya berlalu. Tak tahulah nak buat apa sekarang walau dalam hati tidak putus-putus berdoa agar aku dijauhi dari segala musibah.

Kereta lalu lalang merentasi jalan raya tidak terkira bilangannya. Bunyi pula ada pelbagai jenis, dari bunyi hon penunggang motosikal nakal ke bunyi lagu Kuch Kuch Ho Tai yang berkumandang dari dalam bas menjadi halwa telingaku. Hampir setengah jam duduk tidak berbuat apa-apa di perhentian itu, perut mula terasa lapar. Angin berpusar-pusar di dalam perut sejak semalam lagi. Nak buat macam mana, duit tak ada nak beli makanan. Melihat burger di seberang jalan, kecur air liurku dibuatnya. Sabar sajalah, Lisa...dugaan.

Aku mengerling tong sampah yang berada berdekatan. Takkan nak selongkar macam kucing kot? Tapi kalau terpaksa nak buat macam mana? Yuckss...Busuk jangan nak cakaplah. Aku buat selamba saja dengan bau tong sampah yang sah tak pernah cuci dengan Shokubutsu ni!  Tidak kira jenama roti High 5 atau sisa keju Cheezy Wedges yang melekat pada pinggan kertas KFC aku hentam je yang penting perutku di isi. Sedang asyik aku memakan sisa tersebut, muncul satu botol air mineral 250 ml betul-betul depan muka aku. Eh, ada bidadari turun dari langit beri pertolongan ke?

Aku memandang ke atas melihat gerangan ‘bidadari’ tersebut. Ini bukan bidadari tapi...Calon Suami Pilihan Bulan Ini. Wauh...tegapnya badan dia, muka boleh tahan, senyumannya semanis madu dan ada kereta SKYLINE??!
“Berapa lama cik adik nak menganga dan mencangkuk macam tu?”, lelaki itu bertanya tenang. Aduh, romantiknya suara. Boleh cair macam ni!

Automatik aku berdiri tegak dan serba salah nak bertentang mata dengan orang sehensem dia tu. Kenapalah masa aku comot dan rambut serabai bak pontianak barulah kuketemui lelaki sehensem dia? Masa aku pakai cantik tak ada pula gerangan hensem yang kujumpa, melainkan Pak Sameon yang tak habis-habis mengorat aku masa aku menyapu halaman rumah di kampung.

Perlahan-lahan aku mencapai botol air mineral tersebut sambil dia tersenyum melihat gelagatku yang sedikit ketakutan.
“Jangan takut. Nama apa?”
Aku hanya berdiam diri sambil mataku memandang mata bundarnya kemudian jatuh pada bibirnya yang berukir cantik. Tidak pernah aku melihat lelaki sedekat ini dan agak sempurna dimataku.
“Tidak puas tengok saya lagi?”, lelaki itu berbicara lembut sehingga membuat aku tertunduk malu.

“Sa...saya minta maaf pandang encik macam tu.”, aku memulakan bicara. Walau pada mulanya aku berniat ingin berdiam diri saja memandang keadaanku yang compang-camping tak ubah seperti orang gila yang terlepas dari pusat pemulihan.
“Awak tak gila kan? Awak terlalu cantik untuk jadi orang gila. Melainkan awak tengah berlakon sekarang.”
 Hampir tergelak aku mendengar kata-kata lelaki tersebut. Buat lawak pula masa ni. Tapi naluriku dapat merasakan dia lelaki yang baik. Harap memang betul naluriku kali ini. Perbualan berlangsung di antara kami dari lima minit bertukar kepada 30 minit kemudian sejam tanpa menghirau mata memandang kami yang sekali-sekala ketawa terbahak-bahak terutama lelaki bersuara garau tersebut. Nama dia? Mohd. Fathuallah... secara tepat Fat, pemandu kereta Dato’ katanya. Bagus juga kerja itu sebab dapat merasa naik kereta mahal walhal tak mampu untuk membelinya.
“Saya nak tanya sesuatu boleh?”
“Tanyalah.”
“Emm... kita dah berbual panjang tapi saya masih tak tahu apa sebenarnya terjadi pada awak, Lisa.”
 Serba salah aku memandang Fat. Nak cerita salah, tak cerita nanti aku tak boleh selesaikan masalah aku ini.
“Saya sebenarnya...menjadi penebus hutang ayah saya. Saya...di bawa ke bandar ini sekadar menjadi penebus hutang. Ibu dah...meninggal dunia minggu lepas. Adik Nur pula...hilang entah ke mana.”, ayatku mati di situ. Kami duduk terpaku dan dia turut diam membisu. Memikirkan bicaraku sebentar tadi, rasanya.
“Saya..tak tahu nak cakap apa. Adakah maksud awak...penebus hutang..gadai tubuh? Maafkan saya kalau saya terlanjur cakap.”
Aku mengangguk perlahan tanpa melihat Fat kemudian meneruskan kata.
“Awak boleh kata saya apa saja. Saya pasrah...semua ini bukan kehendak saya. Saya...tak salahkan sesiapa atau Allah swt. Saya terima. Mungkin awak rasa jijik dengan saya sekarang, tapi semua itu tak penting. Yang penting bagaimana Allah swt memandang saya sekarang.”
“Saya tak kata pun saya jijik dengan awak. Lisa, awak tabah orangnya. Walau dalam keadaan macam ini, awak tak menangis. Awak tak lapor pada polis?”
“Buat apa? Perkara ini dah terjadi. Lagipun, tak ada bukti kukuh untuk menyabit ayah tiri saya.”
Aku terus berdiam diri. Menahan perit di dalam dada dengan apa yang terjadi pada diri. Ya Allah, berikan aku kekuatan.
“Emm...macam ni. Majikan saya perlu penjaga budak untuk jaga seorang anak lelakinya. Anak lelaki dia nakal sikit dan acap kali bertukar penjaga budak. Jadi, awak berminat? Tempat tinggal dan makanan disediakan. Tugas awak menjaga budak itu saja. Mudah, bukan?”
Mataku terus bercahaya. Aku tersenyum gembira sehingga Fat turut tersenyum. Cepat-cepat aku mengangguk kepala. Syukur, kali ini aku berjumpa dengan orang yang bakal mengubah kehidupanku dengan lebih baik.
3)
Aku berjalan sambil berpijak pada pelbagai jenis permukaan; ada kasar, lembut dan juga tajam. Sakit menusuk-nusuk pada telapak kaki tidak kuhiraukan. Aku tidak menangis meraung seperti seorang budak berusia 7 tahun lakukan apabila di tinggal keseorangan walhal baru sebentar tadi aku menangis kerana tidak ketemui kak Lisa. Mataku meliar sekeliling walau ada yang berbisik melihatku yang berjalan tanpa memakai kasut dan berwajah comot. Tiba-tiba aku terbersin kemudian terbatuk mungkin dingin malam akibat tidur di dalam kotak membuat badanku berasa tidak sihat. Aku menggosok kedua lenganku agar hangat sedikit namun hampa kerana tidak berasa apa-apa.

Aku tidak tahu ingin menuju ke mana walau dalam akal ini ada peta selok belok Kampung Chempaka dan jalan menuju ke rumah setinggan dengan ayah tiri. Takkan aku ingin berpatah balik sedangkan akak menyuruhku berlari pergi? Pokoknya sekarang aku perlu menjaga diriku dan mencari akak. Itu yang penting!

Bau nasi goreng bagai menarikku masuk ke dalam restoran. Perut mula berkeroncong rancak dan aku mampu menelan air liur berulang kali. Air sirap di dalam gelas besar yang basah dingin diluarnya dipandangku lama membuat tekakku teringin sekali dibasahkan.
“Keluar! keluar!”, jerit seorang lelaki berwajah bengis ke arahku serentak dengan suaranya, satu balingan selipar terkena di lenganku keras. Aku terkejut dan cepat-cepat berlalu pergi. Betul kata kakak, dunia tidak seindah yang kita sangkakan.

Aku berjalan lagi walau kudrat hampir tiada. Air mata mula meleleh tanpa di pinta. Peluh merencik membasahi baju yang busuk lagi hapak. Aku dah penat...mana kakak? Baru saja aku ingin mengangkat muka, aku terlanggar dengan seorang budak lelaki yang hampir sebaya denganku.
“Oit, buta ke apa?!”, jeritnya sambil menyapu lengan bajunya.
“Sorry”, balasku pendek dan meneruskan langkah tanpa arahku.
“Oit, comot! Kau ganti balik baju aku. Dah kotor tau!”, jerit lagi budak tadi.

Aku berpusing ke belakang dan memandangnya lemah. Aku dah la tak larat ni, ada pula orang cari pasal dengan aku. Ada ke panggil aku dengan nama Comot? Sama nama dengan kucing jiran aku je. Sengal!
“Apa dia gemuk?”, kataku kepada budak lelaki tersebut. Gayanya tak ubah seperti anak orang kaya kerana rambutnya di sisir kemas, kasut sekolahnya masih putih bagai tidak pernah terpijak benda kotor.
“Apa kau cakap?!Kurang ajar!”, satu tumbukan padu ke arah dadaku namun cepat aku tepis. Aku membalas dengan satu tumbukan pada dada.

Budak tersebut terus menangis walaupun dia bertubuh besar dariku dan dia lelaki. Hahaha...siapa suruh cari pasal dengan aku. Tiba-tiba aku terasa pening, pandanganku mulai kabur kemudian semakin kelam sehingga aku tak tahu apa yang terjadi pada diriku seterusnya.

4)
“Besarnya rumah majikan awak. Emm...dia tahu saya akan menjaga anak dia?”, kata Lisa tatkala kakinya melangkah ke dalam banglo mewah yang tersergam indah di atas bukit. Cantik gila rumah...majikan Fat ni menteri besar ke apa?

Ukiran dinding terperinci dengan seni halus Pablo Picaso menjadi ruang tamu tampak menarik di tambah pula pilihan cat warna kuning keemasan menjadikannya lebih elegan.

“Awak suka?”, tanya Fat sopan apabila melihatku masih melihat ke sekeliling rumah.
“Saya suka sangat. Mesti majikan awak ni bercita rasa tinggi. Majikan awak ada dalam rumah sekarang?”
“Aa...dia tiada. Sekarang dia kat pejabat. Pukul 5 petang baru balik. Tapi awak jangan risau, dia tahu awak akan jaga anak dia. Bos saya tu cerewet orangnya. Awak kena ikut peraturan dalam rumah dia ni.”
“Oh, apa peraturannya?”
“Pertama, jangan soal selagi dia tak tanya ‘Ada soalan?’. Kedua, dia ada hak suruh kita buat bukan kerja kita dan ketiga, cukup tiga kali buat dia marah, dia akan terus pecat kita. Faham?”
Aku terpaku di mana aku berdiri. Buat bukan kerja kita? Maknanya kalau dia nak buat tu...aku kena rela ke? Ishh...gila punya majikan!Aku ni datang nak cari kerja halal.

“Saya tak setuju dengan peraturan kedua dan ketiga. Dia fikir dia siapa? Kalau macam tu gaji saya tak setimpal dengan kerja saya sepatutnya. Berapa dia bagi untuk mengasuh anak dia tu?”
“Nama anak dia Daniel. Berapa awak nak itulah gaji awak.”
“Awak serius. Berapa saya nak itulah gaji saya? Itu apa yang dia pesan kepada awak untuk beritahu dekat saya?”
Fat mengangguk kemudian tersenyum. Aku pula tidak terkata. Peraturan pelik...entah-entah lelaki ni psycho ke apa?
“Tak apalah, Fat. Cakap sajalah dengan bos awak tu terima kasih je la. Saya nak cari kerja lain.”

“Tapi...awak perlu kerja ini! Awak tak ada tempat untuk tinggal. Sekarang dah ada peluang. Kat luar belum tentu awak dapat peluang macam ni.”, kata Fat beriya-iya. Kenapa pula lelaki nak sangat aku kerja kat sini. Macam dia tahu apa yang terbaik buatku. Emm...tapi betul juga kata Fat. Kerja lain mana ada boleh letak gaji sendiri berapa.
“Oklah, saya terima. Pasal gaji nantilah saya beritahu berapa saya nak. Anyways, mana bilik saya?”. Ceh, tetiba cakap omputih pula. Bakal jadi OKB(Orang Kaya Baru) katakan. Hehe...

“Sebelum saya lupa, saya nak awak berkenalan dengan Mak Nah, orang gaji di sini. Mak Nah, ni Lisa.”, kataku tersenyum manis sambil menyambut salam dari tangannya. Terasa bersalam dengan arwah ibu pula. Kasar dan urat timbul sehingga boleh nampak dengan jelas warnanya.

“Satu lagi, Mak Nah tolong tunjukkan Lisa budak yang saya jumpa dekat pagar sekolah tu. Lisa, saya ada jumpa budak perempuan pengsan dekat pagar sekolah Daniel masa jemput dia tengah hari tadi. Tolong tengokkan sekali ok?”
“Budak tu anak siapa? Daniel mana?”

“Daniel masa ni pergi mengaji mengaji al-Quran. Budak tu...entahlah anak siapa. Macam terbuang je sebab comot dan kotor sangat baju dia. Dia masih tidur kat atas. Doktor kata, badannya lemah sebab kekurangan nutrien. Saya pergi dulu ya, kalau ada apa-apa beritahu Mak Nah.”

“Awak nak pergi mana?”
“Aa...saya nak pergi jemput bos jap.”
“Ok.”, kataku sambil tersenyum penuh keikhlasan. Terima kasih Fat, tanpamu aku tak tahulah apa yang terjadi pada diriku.

5)
Aku berada di beranda setelah puas aku aku memujuk Daniel masuk tidur awal.
“Daniel, jom masuk tidur.”, aku memujuk Daniel.
“Tak nak!”
“Jomlah. Adik Nur pun nak masuk tidur sekarang.”
“Itu dia. Lagipun Kak Lisa tak perlu panggil dia ‘adik Nur’...panggil Comot sudah.”, kata Daniel sambil berpeluk tubuh dan tersengih-sengih. Adik Nur mencebik. Tiada siapa yang tahu kecuali Mak Nah yang adik Nur adalah adik kandungku. Kuasa Tuhan menemukan kami dalam keadaan macam ni. Aku bersyukur. Nasibku semakin baik dari hari ke hari.

Tiada bulan mengambang dan tiada juga bintang mengerlip pada malam ini. Dingin malam menyucuk hingga ke tulang hitam. Mungkin baju tidurku agak nipis.

Aku turut berpesan kepada adik Nur agar tidak mengaku aku sebagai kakaknya. Aku takut majikanku yang bernama En. Amran yang belum  sempatku bertentang mata lagi menghalau kami keluar.Menurut Fat, En. Amran akan menjadikan adik Nur sebagai anak angkatnya dan akan bersekolah sama dengan adik Nur.

“Tak tidur lagi?”, satu suara garau menegurku. Aku tersenyum nipis walau belum melihat lagi gerangan yang berbicara.
“Kenapa? Eh, awak boleh masuk dalam rumah ke? Bukan ke awak kata pemandu kena cari rumah kat luar?”

“Eh, saya ada cakap macam tu ke? Hehe...lupa pula. Bos kata kalau dia ada kat rumah tak apa.”
“Oh, macam tu pula ya. Peliklah perangai bos awak tu. Keluar awal pagi balik pula selepas Daniel tidur. Kadang-kala saya terfikir macam mana Daniel hadapi semua ini.”
“Apa maksud awak?”
“Maksud saya, dia ada ayah tapi dia tidak merasai belaian seorang ayah. Hujung minggu pun tak bawa Daniel pergi jalan-jalan. Nasib baik ada Nur, boleh main sama-sama. Tapikan, Daniel tu macam tak suka dengan Nur.”

Fat tersenyum sambil memandangku. Aku sekadar memandangnya dan menunggu reaksinya.
“Awak tak nak cakap apa-apa?”
“Aa..emm..yang pasti En. Amran sangat menyayangi Daniel. Buktinya malam ni dia datang nak tengok Daniel.”
“Oh ya ke? Bolehlah saya jumpa dengan dia malam ni. Dah tiga bulan saya kerja kat sini tapi tak pernah jumpa dengan En. Amran lagi.”

“Eh tak boleh! Dia penat lagipun awak tu pakai seksi sangat malam ni. Nanti buta mata En. Amran baru tahu.”, cepat-cepat Fat membalas. Dia kelihatan menggelabah.

“Kenapa pula? Mak Nah dan awak pernah jumpa dia. Saya saja yang bekerja dalam rumah ini tak pernah berjumpa dengan En. Amran. Hebat sangat ke dia saya nak jumpa sekejap pun tak boleh? Saya nak merajuklah.”, aku menarik muka masam.  

“Sayang, janganlah macam ni. Cakk!”, Fat membuat muka comel depanku. Dengan lengan baju kemeja merah tua di tarik hingga ke pangkal siku sambil dia duduk mencangkung ke arahku. Eh, aku salah dengar ke? Dia panggil aku sayang??
“Awak panggil saya sayang ke tadi?”, aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Eh...ah...mana ada! perasan je awak ni!”, walaupun cahaya tak begitu terang namun kunampak dengan jelas muka tak tentu arah Fat. Tiba-tiba selimut Daniel bergerak-gerak. Mungkin dia terjaga kerana mendengar perbualan kami.

“Papa, papa ke tu? Papa dah balik!”, Daniel tiba-tiba tersedar dari tidur dan terus berlari ke arah Fat. Ayah?? Bukan ke En. Amran tu ayah dia ke? Aku rasa konfius sekarang.
“Ishh budak ni. Kan papa dah pesan depan kak Lisa kena panggil abang Fat.”, bisik Fat ke arah Daniel.

“Mana boleh macam tu! Nama papa kan Amran. Mana logik Amran jadi abang Fat. Lagipun, kalau nak tipu...papa mesti suruh Daniel panggil papa abang Am ke? Barulah logik sikit.”, Daniel yang bersuara comel memberi penerangan panjang lebar. Fat kelihatan tertunduk-tunduk sambil cuba menekup mulut Daniel dari terus bercakap.

Aku ternganga. Rasanya tak salah lagi telinga aku mendengar. Semalam dah korek dan hari ini pun dah korek. Maknanya...En. Amran dan Fat adalah orang yang sama?? Selama ini orang yang aku nak jumpa sangat rupanya dia? Huh, geramnya! Aku mengetap bibir serapat-rapatnya.

 6)
Hujung minggu sangat membosankan di bandar. Kalau di kampung sekarang, aku dah main kejar-kejar dengan anak jiran sebelah. Kak Lisa pula, sibuk menyapu di halaman, menyidai baju kemudian menyiapkan sarapan. Hujung minggu inilah nak merasa makanan istimewa. Kalau tak, makan roti atau kuih. Arwah ibu pula...tak habis-habis menjahit baju. Namun ibu tidak pernah mengabaikan kami. Sambil menjahit, ibu akan bercerita tentang arnab dan kura-kura takpun kisah lucu yang membuatkan kami berdua tak kering gusi dibuatnya. Aku tersenyum sendirian sehingga air mata gugur pun aku tak sedar. Tiada siapa dapat mengganti ibu. Aku rindu ibu.

“Adik Nur bangun. Akak...dah siapkan sarapan. Eh, kenapa nangis ni? Daniel buli adik Nur lagi ke?”
“Tak adalah, kak. Adik ingat ibu.”
Kami berpandangan seketika kemudian akak terus memelukku erat tanpa berkata apa-apa. Pelukan hangat dari akak membuat aku sedar aku tidak bersendirian di dunia ini. Emm...kalaulah akak menyimpan perasaan terhadap abang Fat, bolehlah aku terus bermusuh dengan Daniel dan tinggal di rumah besar ini.
“Akak! Daniel dah bangun belum?”
“Dah bangun. Dia kat dalam bilik main PS3. Kenapa? Adik Nur! Mandi dulu baru pergi main!.”
Terkocoh-kocoh aku berlari ke arah bilik Daniel yang daun pintunya sedikit terbuka.
“Oit, comot! Kau apa hal masuk bilik aku ni? Ini mesti baru bangun tidur ni. Wei, aku dah mandi tau.!”
“Bisinglah kau ni Daniel. Eh, aku nak cakap sikit dengan kau. Stop jap games kau tu. Sat lagi sambung la.”
Daniel mencebik kepadaku.
“Kau buat muka macam tu lagi aku sepak baru tahu.”. Daniel buat muka cuak. Tahu takut. Hari tu dah kena tumbuk kalau nak rasa lagi, aku ok saja.
  
“Cakaplah cepat.”
“Emm...macam ni. Apa kata kita satukan ayah kau dengan kak Lisa.”
“Apa? Mustahil!”
“Kenapa pula?”
“Semalam terkantoi tau. Kak Lisa dah tahu ayah aku iaitu En. Amran dengan abang Fat tu orang yang sama.”
“Aik, macam mana boleh terkantoi lak?”
“Hehe...aku terbocor rahsia semalam.”
“Kau ni...musnah semua plan kita rancang. Sekarang ni, dorang bergaduh la ek?”
Daniel mengangguk sambil menggaru kakinya yang gatal. Baju biru muda membuatkan dia nampak kurang comel dari aku. Hahaha...
“Eh, sejak bila pula kita rancang plan hah?! Kau tu dah la comot ada hati nak satukan kak Lisa dengan ayah aku!”
“Kau ni bodoh la. Harapkan belajar kat sekolah tapi tak pandai-pandai. Kalau akak aku kahwin dengan ayah kau, hari-hari kita boleh gaduh.”
“Kau ni gila ke apa? Siapa nak gaduh hari-hari?”
Aku menampar dahi.
“Aku dah give up. Ok lah bye.”
“Eh, kau nak pergi mana?”
“Pergilah mana-mana pun.”
“Kalau ayah aku kahwin dengan akak kau, kita boleh gaduh hari-hari ek?”
Aku mengangguk malas. Payah cakap dengan muka tapir ni. Tak reti bahasa Jepun.
“Ok aku setuju. Apa plan kita sekarang?”
“Macam ni...”, dan aku berbisik ke telinga Daniel tentang rancangan untuk menyatukan akak Lisa dengan Amran.

7)
Aku memandang jam di dinding. Tepat pukul 8 pagi. Kejap lagi En. Amran akan keluar. Aku tak boleh terimalah! Macam mana Fat boleh tipu aku? Apalah niat dia sebenarnya tak nak beritahu aku perkara sebenar? Takkan tak nak bercakap sampai tiga hari? Tak elok lah!
Aku mengerling melihat En. Amran begitu tekun membelek dokumen di hujung meja. Sekali-sekala dia mencapai segelas jus oren. Aku pula menyuapkan nasi goreng ke mulut Daniel. Nasib baik Daniel dan Nur tak banyak ragam hari ni. Baik pula, kalau tak pagi-pagi dah memekak dengan suara mereka nak itulah nak inilah.

“Papa, Daniel nak kita semua keluar hari ni nak? Kita pergi berkelah kat pantai. Boleh bawa Mak Nah sekali.”, tiba-tiba si comel Daniel bersuara.
Aku memandang Amran. Macam mustahil harapan Daniel nak dipenuhi. Sejak dua menjak ni, dia sibuk dengan projek. Ahli perniagaanlah katakan.

“Emm...Daniel keluar saja dengan kak Lisa, Mak Nah dan Nur. Ok? Papa sibuk.”
Aku mencebik. Keluar sekejap pun tak boleh. Hujung minggulah masa yang sesuai nak bermanja dengan ayah.
“Pergilah...awak nak pergi mana pun. Ada anak bukannya nak jaga. Saya dan Mak Nahlah yang jaga dari dulu dan selamanya. Projek awak tu sampai bila-bila tak habis. Bila siap satu projek, akan muncul pula projek seterusnya. Jadi, bila awak nak luangkan masa dengan Daniel?. Cuba cakap dengan saya sikit.”. Alamak! selamba gila aku cakap macam tu dengan En. Amran. Ishh...susahlah nak layan Fat macam seorang bos. Aku dah biasa cakap macam tu dengan dia, tetiba dengan bos kena cakap ayu dah jadi tak kena gaya pula. Aishh!

Perlahan-lahan aku memusingkan kepala setelah beberapa minit menyorokkan kepala di bawah meja makan. Buat malu je! En. Amran merenung tajam kepadaku. Cakaplah sesuatu...tak boleh...tak boleh! nanti dia cakap You’re fired macam Donald Trumph selalu cakap tu...tak ke mampus namanya?

“Lisa, jom kita pergi pantai.”
“Macam mana dengan meeting, mesyuarat, projek or apa-apa ke bendanya namanya tu?”
“Cancelled.”, kata Amran sambil tersenyum. Aduh, manisnya senyuman tu.

8)
“Awak seronok ke hari ni?”, tanya Amran kepadaku setelah kami tiba di rumah selepas seharian berkelah di pantai.
Aku mengangguk perlahan sambil memandangnya. Kali ini pandangan kami bagai tiada putus. Matanya begitu memikat, bercahaya, berbeza dengan karakter En. Amran yang Fat ceritakan. Aah, Fat tu adalah En. Amran. Macam mana aku tak boleh syak selama ini?
“Berapa lama awak nak pandang saya macam tu?”, pertanyaan Fat membuat aku tersipu malu. Seperti hari pertama aku berjumpa dengan dia.

“Semasa di pantai tadi, saya terfikirkan sesuatu. Saya rasa saya telah buat keputusan yang betul.”, katanya sambil melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap. Bunyi jeritan Nur dan Daniel yang berkejaran sekali-sekala bergema ke seluruh pelosok rumah.
“Keputusan apa?”
“Keputusan saya hendak menaikkan pangkat awak. Barulah awak dapat gaji lebih tinggi dari sebelum ini. Lagipun, awak tak beritahu saya lagi berapa awak nak untuk gaji awak.”

Aku mengerut dahi sehingga dua belah kening bersatu. Naik pangkat? Jadi apa? Jadi ketua pengasuh budak ke? Memang peliklah perangai dia.
“Saya memang nak minta sejuta lebih dari En. Amran sebenarnya. Tapi, bila difikirkan balik kalau tak kerana mamat bernama Fat tu bawa saya datang kerja dengan Tuan, saya mungkin dah mati.”
Suasana sepi seketika. Alunan lagu jazz berkumandang di radio menggamitkan suasana menjadi agak romantik. Rambutnya yang tersisir rapi dan sentiasa berpakaian kemas membuatkan aku tak boleh melupakan dia setiap saat. Aku tak boleh jatuh cinta dengan dia. Aku bukannya suci lagi. Siapalah mahu gadis yang sudah di tebuk tupai?

“Lisa...awak ni...kelakarlah.”, kemudian Amran tersenyum sekali lagi. Kenapa terasa debaran hebat di dalam dada sekarang? Pandangannya, senyumannya... Amran...aku...tak boleh!
“Kenapa Lisa? Awak tak suka?”, katanya apabila aku secara tiba-tiba memalingkan muka.
“Saya tak boleh...saya tak boleh. Tolong jangan buat saya macam ni. Saya takut...saya...”
“Awak takut jatuh cinta dengan saya?”

Aku memandang dia dengan pandangan dengan lebih mendalam supaya dapat membaca fikiran dan isi hatinya terhadap aku. Sedarlah, Lisa! Kau tu dah tak ada dara! Siapa nak perempuan macam kau ni?! Kau tak layak langsung dengan En. Amran!, bisikan halus cuba menyedarkan aku tentang hakikat di alam nyata.

“Saya ada hal.”, belum sempat kumampu melangkah lebih jauh, Amran memegang erat tanganku. Erat sangat menyebabkan aku ingin berada di pelukannya dan tidak mahu berpisah dari dirinya. Amran, jangan seksa aku. Cintaku tak layak buatmu!
“Jangan pergi. Saya nak kahwin dengan awak Lisa!”, begitu tegas dan lantang suara Amran menyuarakan hajatnya. Tidak terkurang sedikitpun patah perkataan. Lancar dan jelas-sejelasnya.
“Yahoo! Papa akan kahwin!”, jerit Daniel yang berada di atas tangga namun segera Nur menutup mulut comel tersebut.

“Saya tak layak buat awak.”, aku menjawab perlahan dan ringkas. Aku sedar posisi aku sekarang di mana.
“Kenapa? Sebab kisah pahit awak ke? Lisa renunglah mata saya sekarang. Saya terima awak seadanya sejak kali pertama kita bertemu lagi. Walaupun awak comot dan berbau busuk pada masa itu, saya tak kisah. Sebab...itu awak, Nuranis Alieysa.”
“Awak tak menyesal?”

Amran menggelengkan kepala. Pegangan eratnya belum dilepaskan. Aku juga tidak mahu melepaskannya.

“Kalau macam tu, saya terima jawatan baru ni. Tapi, gaji kena kasi ‘up’ skit. Hehe”, kataku sambil kami sama-sama tersenyum dan membayangkan alam rumahtangga yang bakal kami tempuhi.

Aku bersyukur dengan semua nikmat yang Engkau kurniakan kepada aku dan adik Nur. Berkat kesabaran kami berdua mengharungi rintangan tanpa rasa putus asa akhirnya kami dikurniakan dengan kehidupan yang membahagiakan. Betul pesanan arwah ibu, setiap yang berlaku ada hikmahnya.
~TAMAT~

0 000 jejari fans: